JARINGAN MRSM


Lima Program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut :

  • MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM)
  • Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

  • MRSM Program SPMRSM Ulul Albab
  • Program SPMRSM Ulul Albab mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dengan tambahan Program Hafazan Al-Quran. Untuk peperiksaan SPM pelajar akan mengambil subjek Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah selain subjek teras yang lain.

  • MRSM Program SPMRSM IGCSE
  • Program SPMRSM IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) ialah Sistem Pendidikan MRSM yang menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan IGCSE dalam tempoh lima tahu pengajian. Pelajar menduduki kedua-dua peperiksaan iaitu IGCSE semasa di Tingkatan 4 dan SPM semasa di Tingkatan 5.

  • MRSM Program SPMRSM Middle Years Programme (MYP)
  • Program SPMRSM MYP mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.

  • MRSM Program SPMRSM Teknikal
  • Program SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu kejuruteraan robotik, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan elektrikal dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kesinambungannya diteruskan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar ditawarkan dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

  • MRSM Program SPMRSM Sains Keusahawanan
  • SPMRSM Sains Keusahawanan menerapkan elemen keusahawanan melalui subjek Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.


JARINGAN MRSM

PERAK
MRSM Gerik (SPMRSM)
MRSM Taiping (SPMRSM)
MRSM Lenggong (SPMRSM)
MRSM Pengkalan Hulu (SPMRSM)
MRSM Pasir Salak (SPMRSM)
MRSM FELDA Trolak (SPMRSM)
MRSM Parit (IGCSE)
MRSM Kuala Kangsar (SPMRSM)

KEDAH
MRSM PDRM Kulim (SPMRSM)
MRSM Pendang (SPMRSM)
MRSM Merbok (SPMRSM)
MRSM Baling (IGCSE)
MRSM Kubang Pasu (IGCSE)
MRSM Langkawi (IGCSE)

PAHANG
MRSM Kuantan (IGCSE)
MRSM Muadzam Shah (SPMRSM)
MRSM Tun Abdul Razak (IGCSE)
MRSM Tun Ghazali Shafie (SPMRSM)
MRSM Bentong (Teknikal)

JOHOR
MRSM Muar (SPMRSM)
MRSM Batu Pahat (IGCSE)
MRSM Mersing (SPMRSM)
MRSM Tun Dr. Ismail (MYP)
MRSM Johor Bahru (IGCSE)

KELANTAN
MRSM Pengkalan Chepa (SPMRSM)
MRSM Pasir Tumboh (SPMRSM)
MRSM Kuala Krai (SPMRSM)
MRSM Jeli (SPMRSM)
MRSM Tumpat (IGCSE)

TERENGGANU
MRSM Kota Putra (Ulul Albab)
MRSM Kuala Terengganu (SPMRSM)
MRSM Kuala Berang (SPMRSM)
MRSM Besut (SPMRSM)
MRSM Imtiaz YT Ketengah (SPMRSM Sains Keusahawanan)

MELAKA
MRSM Tun Ghafar Baba (SPMRSM)
MRSM Terendak (SPMRSM)
MRSM Alor Gajah (IGCSE)

NEGERI SEMBILAN
MRSM Kuala Klawang (IGCSE)
MRSM Gemencheh (Ulul Albab)
MRSM Serting (IGCSE)

PULAU PINANG
MRSM Kepala Batas (Ulul Albab)
MRSM Transkrian (SPMRSM)
MRSM Balik Pulau (MYP)

SABAH
MRSM Kota Kinabalu (SPMRSM)
MRSM Tun Mustapha (IGCSE)
MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens (MYP)

SARAWAK
MRSM Kuching  (IGCSE)
MRSM Mukah (SPMRSM)
MRSM Betong (SPMRSM)

PERLIS
MRSM Beseri (SPMRSM)

SELANGOR
MRSM Kuala Kubu Bharu (IGCSE)
MRSM Sungai Besar (Ulul Albab)